Kesan Penurunan Overnight Policy Rates (OPR) Terhadap Hartanah

OLEH Amirah Nadzirah, UiTM Perak

Apa itu OPR Malaysia?

Overnight Policy Rate(OPR) adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia kepada Institusi Kewangan iaitu bank seperti Public bank, Maybank, CIMB Bank dan lain-lain.

Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman kepada bank yang meminjam sejumlah wang. Sebagai contoh, Bank A memberi pinjaman wang kepada Bank B, Bank B akan dikenakan bayaran OPR oleh Bank A. Bermaksud Bank B adalah peminjam dan Bank A adalah pemberi pinjaman. Bank B haruslah membayar semula beserta dengan kadar OPR.

OPR akan dikenakan kepada bank, bukan pada pelanggan. Tetapi penurunan OPR akan memberi kesan kepada kadar BR, iaitu kadar faedah yang akan dibayar oleh pelanggan.

Apa itu Kadar Asas (BR)?

Kadar ini ditetapkan oleh bank sendiri tanpa campur tangan daripada BNM. Ia bergantung kepada tanda aras kos bagi wang setiap bank itu sendiri. Walaupun BR bergantung kepada OPR di mana bank akan menanda aras BR mengikut Keperluan Rizab Berkanun, namun bank itu sendiri boleh mengubah kadar BR mereka pada bila-bila masa walaupun tanpa ada perubahan pada OPR.

Penurunan kadar OPR dan BR ini bagi menggalakkan perbelanjaan di dalam kalangan masyarakat. Semakin rendah kos pinjaman, semakin tinggi bilangan orang meminjam wang di bank untuk membesarkan dapur, untuk membeli kereta untuk membeli rumah dan sebagainya.

Konklusinya, OPR ialah kadar faedah yang ditanggung oleh bank, sementara BR ialah kaedah faedah yang ditanggung oleh pelanggan iaitu kita sebagai peminjam loan rumah.

Kesan penurunan Overnight Policy Rates (OPR) terhadap Hartanah

Pada 22 Januari 2020, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengumumkan bahawa ia akan menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%, dengan alasan “pelarasan OPR ini adalah langkah awal untuk menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang kini semakin bertambah baik”.

Kemudian, BNM mengumumkan lagi pemotongan OPR yang kedua pada 3 Mac 2020, sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.5% dan hanya dua bulan selepas itu, OPR diturunkan sekali lagi kepada 2% pada 5 Mei 2020. Pada bulan lepas, Julai, BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan menurunkan lagi OPR 0.25 peratus kepada 1.75 peratus, paras terendah sejak 2004.

Disebabkan itu, institusi kewangan juga turut menurunkan kadar BR mereka yang ditanggung oleh peminjam bagi memainkan peranan untuk turut membantu dalam mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara pada masa kini yang terkesan akibat pandemic.

Sebagai penutup, sudah pasti ramai yakin bahawa sekarang ialah masa yang tepat bagi masyarakat untuk membuat pinjaman wang mahupun pinjaman perumahan kerana penurunan kadar OPR kini ialah kadar paling terendah sejak sedekad yang lalu. Dibantu pula dengan pengecualian Duty stamp dan RPGT sehingga  31 Mei 2021.

Sumber:

  1. https://www.iproperty.com.my/guides/bnm-menurunkan-opr-ke-1-75-coronavirus-apakah-kesannya-kepada-pinjaman-perumahan-anda-ctr/
  2. https://www.sinarharian.com.my/article/82162/BERITA/Nasional/Penurunan-OPR-galak-pertumbuhan-ekonomi
  3. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/07/599228/rebut-peluang-kadar-opr-lebih-rendah
  4. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/panduan-pinjaman-perumahan-di-malaysia-22164
  5. https://www.iproperty.com.my/guides/bagaimana-kadar-asas-br-kadar-pinjaman-asas-blr-mempengaruhi-pinjaman-perumahan-anda-ms/

Compare listings

Compare